Memahami Jin Dan Perangi Sihir
Alam jin termasuk dalam perkara ghaib yang perlu dipercayai kewaujudannya.
Dalam al-Quran ada satu surah yang dinamakan al-Jinn. Ada manusia
yang imannya kerana mereka tidak memahami hakikat sebenar perkara itu.
Mereka sesat kerana menyembah jin, syaitan dan iblis.
Mereka mengamalkan ilmu sihir dan ilmu hitam yang berkaitan dengan jin,
syaitan dan iblis sehingga syirik kepada Allah.
Buku, Perangi Sihir ini mengemukakan fakta sihir yang berpunca daripada jin
selain kes sebenar pengalaman pesakit. Kegiatan jahat itu tidak
dapat disembukan dengan kaedah rawatan moden dan ramai di kalangan pesakit
mencari jalan penyelesaian dengan berubat menggunakan khidmat
pengamal perubatan alternatif atau klinik kebatinan.
Masyarakat juga terkeliru dengan golongan yang bertopeng dan menggunakan
istilah islamik padahal cara rawatan dan kaedahnya menyimpang dan
merosakkan akidah. Istilah perubatan islam bukan saja
digunakan oleh perukyah, tabib atau ustaz yang mempunyai akidah bersih malah
ia turut diguna pakai oleh bomoh bagi menyesatkan manusia.
Buku ini boleh dijadikan rujukan kepada pengamal perubatan islam bagi
menambah ilmu untuk berdepan dengan amalan yang
menyalahi prinsip akidah menurut al-Quran dan sunnah.............
Buku cerita ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan