2011/07/16

Diizin Cegah Hamil Demi Kesihatan Ibu

Kami sudah mempunyai empat anak dan kini isteri saya hamil anak kelima. Isteri berusia 34 tahun dan kini mengadu dia tidak larat lagi mengandung. Adakah islam membenarkan seseorang itu mengikat saluran peranakan?

Isteri membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu antaranya apabila kehamilan mendatangkan kemudaratan kepada ibu atau ibu ada penyakit terutama membabitkan rahim.Menjarakkan kehamilan juga dibenarkan bagi memulihkan kesihatan ibu, biasanya antara dua tahun. Mengikat saluran peranakan (tiub falopio) menerusi kaedah 'tubal ligation' dibenarkan apabila ia benar-benar perlu dan mendapat nasihat daripada doktor muslim. Ini kerana ia berkemungiknan memdatangkan keburukan kepada ibu pada masa akan datang. Sekali itu, boleh juga difikrikan kemungikanan menggunakan kaedah lain bagi menjarakan kehamilan. Nasihat saya buat temu janji dengan doktor pakar bagi mendapat nasihat mengenai perkara terbabit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan